PEMBINA DHL sumbang tenaga jayakan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

May 22, 2009

9 Mei 2009 PWTC – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) buat julung-julung kalinya telah tampil membawa isu Palestin secara besar-besaran kepada masyarakat. Dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, sebuah NGO yg tidak asing lagi dalam memperjuangkan isu Palestin, konvensyen ini telah berjaya menarik lebih dari 3000 penyertaan dari seluruh pelusuk negara, dimana majoriti penyertaan adalah dari kalangan belia. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dr Juanda b. Jaya, Mufti Negeri Perlis dan diisi sebaiknya dengan pembentangan bertenaga oleh gandingan tokoh-tokoh antarabangsa seperti Dr Azzam Tamimi – speaker antarabangsa di dalam isu Palestin, Dr Mohsen Soleh – pengarah pusat penyelidikan Palestin Al-Zaytouna, dan Dr Roslan Mohd Nor – pemegang Ph.D dalam kajian Jerusalem.
Read the rest of this entry »

How’s your work ?

May 21, 2009

Mohd Rusman Arief A Rahman
Biro Media Pembina DHL,
Software Engineer

 
The subject is one of the most frequent question that I encounter until now after I started working. It’s already 4 months since I started my first job here in Malaysia. Back in Australia, I always wonder what would it be like to actually work as a Software Engineer. Well, this is my first actual degree-related job. I was previously a painter, a carwasher, and a petrol pump cashier. Each of them perfectly planned by Allah SWT which really prepared me for this work.

Read the rest of this entry »


Berakhirnya agenda Zionis!

April 21, 2009

 
Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara soalan-soalannya mungkin berbunyi; benarkah agenda zionis telah berakhir? Apakah agenda zionis itu? Bagaimana ia berakhir? Siapa yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei akan datang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Read the rest of this entry »


Aspirasi PEMBINA DHL

April 17, 2009

Muadz M. Zain
Ketua
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Hulu Langat (DHL)

 

 Sejarahwan menyebut, kejayaan sesuatu tamadun bergantung kepada bagaimanakah keadaan para belia atau pemudanya pada ketika itu. Kerana apa? Kerana para belia inilah dalam masa 10-20 tahun bakal menjadi peneraju sesuatu tamadun yang menentukan halatujunya. Maka timbullah slogan “Pemuda Harapan Bangsa”, “Pemuda Tiang Negara” dan banyak lagi kata-kata yang memberi gambaran tentang peri penting kedudukan belia dalam pembangunan sebuah tamadun.

Kenyataan ini menyebabkan kita memalingkan kepala memerhatikan generasi belia kita yang ada dewasa ini. Kita melihat dengan hati yang gundah-gelisah kerana kita tidak pasti apakah yang tersimpan di masa hadapan kita yang berada di tangan mereka.

Read the rest of this entry »


PEMBINA DHL bersama warga kampus UNITEN

March 15, 2009

 

Bangi 3 Mac 2009 – Pada 3 hingga 6 Mac yang lalu, PEMBINA cawangan Daerah Hulu Langat (DHL) telah dijemput untuk membuka gerai pameran dan jualan sempena program SERIKANDI edisi ketiga di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Program ini telah dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) Persatuan Pengajian Islam(PPI) Uniten dengan harapan objektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar khususnya warga Uniten akan kepentingan maruah dan kehormatan diri seorang wanita.
Antara objektif yang ingin dicapai oleh PEMBINA melalui pameran dan jualan seperti ini adalah untuk memperkenalkan PEMBINA kepada warga kampus, membina hubungan dua hala antara PEMBINA dan persatuan-persatuan di dalam IPT, serta menjana ekonomi PEMBINA sendiri.
Read the rest of this entry »

Retreat Sulung PEMBINA DHL

March 1, 2009
Para peserta khusyuk mendengar pembentangan


Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada hari ini, PEMBINA Daerah Hulu Langat (DHL) telah berjaya mengadakan ‘Retreat’ buat julung-julung kalinya. Retreat merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud pengunduran. Namun ianya bukanlah pengunduran disebabkan kekalahan, tetapi pengunduran yang memang dirancang untuk mengatur strategi dan langkah untuk mendepani masa depan.

Read the rest of this entry »